Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin perlu mendidik YB Sivanesan supaya lebih profesional semasa menjalankan tanggungjawab ke atas rakyat setempat terutamanya di sekitar pekan Bidor dan Tapah. Penduduk Tapah dan Bidor sering kali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Sivanesan yang kerap menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli EXCO negeri.
YB Sivanesan yang juga EXCO kerajaan negeri Perak mengugut seorang ahli majlis tempatan kawasan majilis daerah Tapah iaitu En. Appalasamy. Sivanesan dalam perbualan telefon pernah mengugut En Appalasamy bebrapakali bahawa jawatan ahli majils akan ditarik balik. Sebabnya tidak dinyatakan oleh Sivanesan.
En Appalasamy sememangnya pemimpin berjiwa rakyat yang amat disegani oleh penduduk kawasan Tapah. Sering membantu penduduk setempat menyelesaikan pelbagai masalah sejak sebelum beliau menjadi ahli majlis di kawasan Tapah lagi. Setelah menjadi Ahli Majlis apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri, peranannya untuk membantu penduduk tempatan makin terserlah.
Penduduk Tapah yang terdiri daripada pelbagai kaum mengetahui usahanya yang tidak kenal erti penat untuk membantu mereka. YB Sivanesan pula menyalahgunakan kuasa beliau untuk mengugut En Appalasamy untuk menamatkan tempoh jawatannya.
Jika En Appalasamy ditamatkan jawatannya sebagai Ahli Majlis kawasan Tapah. Kerajaan Pakatan rakyat harus memberikan sebab yang kukuh. Ini kerana khidmat pemimpin seperti beliau amat diperlukan di kawasan Tapah. Saya menulis dari pihak penduduk Tapah, mengharapkan bahawa apa yang ditulia oleh saya sampai kepada Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak dan seterusnya mereka mengambil kira pandangan rakyat dalam membuat keputusan yang rasional dalam hal ini.

No comments:
Post a Comment